Tutor Remaja Cetus Kluster Baharu Jangkitan Komuniti Di Sipitang

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang tutor wanita berusia 17 tahun mencetuskan Kluster Kampung Melaman di Sipitang, Sabah.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata, remaja itu menjadi tutor sebuah keluarga di Kampung Melaman, Sipitang, menyebabkan semua tujuh ahli keluarga terbabit dijangkiti Covid-19.

Jurucakap kerajaan Sabah berkaitan Covid-19 negeri itu dipetik Bernama berkata, kluster berkenaan mula dikesan melalui saringan bergejala terhadap tujuh sekeluarga di Klinik Sindumin pada 9 Julai, selepas tiga hari mengalami demam, sakit kepala dan sakit sendi.

“Kes indeks berkenaan bergejala serupa sejak 26 Jun lepas tetapi tidak mendapatkan rawatan di mana-mana fasiliti kesihatan.

“Susulan pengesanan dan saringan kontak yang dijalankan, terdapat pertambahan kes melibatkan kaitan epidemiologi sama iaitu sejarah menghadiri majlis agama di Kampung Melamam.

“Setakat hari ini, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 bagi kluster ini ialah 37 kes,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Secara keseluruhannya, Masidi berkata sebanyak 286 kes baharu Covid-19 direkodkan di Sabah hari ini menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 73,136 kes.

Selain itu, empat kes kematian dilaporkan masing-masing di Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

Seramai 284 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif 70,183 orang, manakala 2,079 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 425 orang di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam (1,612 orang) dan 42 lagi di pusat tahanan sementara atau penjara, katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *