COVID-19: 13,215 Kes Baharu, 110 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Sebanyak 13,215 mangsa baharu dijangkiti Covid-19, iaitu angka tertinggi yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) setakat ini.

KKM melaporkan bilangan kes positif baharu yang tinggi tiga hari berturut-turut hari ini mengatasi catatan 11,618 kes pada Selasa dan 11,079 pada Isnin.

Daripada jumlah kes baharu itu, 13 ialah kes import dan baki 13,202 penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Selangor melaporkan bilangan kes tertinggi, dengan 6,120 kes.

Ia diikuti Negeri Sembilan (1,603), Kuala Lumpur (1,499), Kedah (695), Johor (599), Pulau Pinang (509), Melaka (484), Sabah (370), Sarawak (363), Perak (344), Kelantan (255), Pahang (222), Terengganu (70), Putrajaya (53), Labuan (26), dan Perlis (3).

Sementara itu, Hisham melaporkan 6,095 pesakit pulih, menjadikan keseluruhan 765,800 daripada 880,782 pesakit Covid-19 sembuh.

Turut dilaporkan 110 kematian, menjadikan angka korban meningkat kepada 6,613 orang.

Ketika ini terdapat 108,369 kes aktif di seluruh negara, dengan 432 daripada 885 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *