Empat Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD Mulai Jumaat

KOTA KINABALU: Empat lagi lokaliti di Sabah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai Jumaat sehingga 29 Julai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata lokaliti di Sabah membabitkan Kampung Lubak di Beaufort; Blok 2, Blok 6 & Blok 9 di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra (Sandakan); Blok Angsana dan Blok Sumboi-Sumboi, di Kampung Seberang Benoni (Papar) serta Kampung Melalam di Sipitang.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Dalam pada itu, PKPD Kampung Landung Ayang, Kudat di Sabah yang dijadualkan tamat esok, dilanjutkan mulai Jumaat ini sehingga 29 Julai.

PKPD di Kampung Gusi Kinarut di Papar, Sabah ditamatkan hari ini, lebih awal daripada jadual, manakala beberapa lokaliti PKPD lain di Sabah.

Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan 471 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP dengan 446 daripadanya dikompaun, manakala 16 direman dan sembilan dijamin, semalam.

Menerusi Op Benteng pula, beliau berkata 11 pendatang tanpa izin ditangkap serta tiga kenderaan darat dirampas.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *