Tujuh Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah Mulai Selasa

KOTA KINABALU: Tujuh lagi lokaliti di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) selama 14 hari bermula Selasa ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Sabah membabitkan dua lokaliti di Beaufort iaitu dekat Kampung Jempangah dan Kampung Rancangan Klias.

“Di Kota Kinabalu pula, PKPD dilaksanakan di tiga lokaliti iaitu dekat Jalan Pasir, Likas; Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok dan Kampung Tebongon, Putatan,” katanya dalam kenyataan berhubung perkembangan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan PKPD hari ini.

Ismail Sabri berkata, satu lagi lokaliti yang dikenakan PKPD adalah membabitkan Borneo Timber, Tongod.

Katanya, PKPD di kawasan berkenaan akan dilaksanakan sehingga 26 Julai ini dengan prosedur operasi standard (SOP) adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *