TERKINI: Permohonan Pengeluaran KWSP i-Citra Diawalkan, Boleh Mohon Mulai Esok 12 Julai

KUALA LUMPUR: Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021.

Permohonan boleh dibuat menerusi icitra.kwsp.gov.my.

Pemohon dinasihatkan memastikan nombor telefon bimbit adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan ‘One-Time Password’ (OTP) selain mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran berkenaan.

Pembayaran pertama i-Citra dijangka akan dikreditkan ke dalam akaun bank ahli bermula dari Ogos 2021.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *