Covid-19: 9,105 Lagi Kes Baharu Direkodkan Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan melaporkan 9,105 kes baharu Covid-19, menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 836,296 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan kes harian tertinggi di seluruh negara, dengan 4,682 kes.

Ia diikuti Kuala Lumpur (1,247), Negeri Sembilan (541), Johor (392), Kedah (382), Pahang (300), Melaka (278), Sabah (271), Sarawak (270), Pulau Pinang (243), Perak (207), Kelantan (150), Labuan (54), Putrajaya (49), Terengganu (38) dan Perlis (1).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *