
KUDAT: Pasukan Polis Marin (PPM) menemui 1,350 bungkus rokok tanpa cukai dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Perapat Limau- Limauan, di sini, semalam.
Rokok berkenaan dirampas anggota PPM Kudat ketika menjalankan operasi Op Benteng Covid-19 di kawasan berkenaan kira-kira 9 malam.
Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, ketika operasi, anggota mengenal pasti sebuah kenderaan yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pemerhatian dan pemantauan dilakukan namun tiada individu yang datang menuntut kenderaan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui sejumlah 1,350 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai.
Kudat: Pasukan Polis Marin (PPM) menemui 1,350 bungkus rokok tanpa cukai dalam sebuah kenderaan yang ditinggalkan di tepi jalan di Jalan Perapat Limau- Limauan, di sini, semalam.
Rokok berkenaan dirampas anggota PPM Kudat ketika menjalankan operasi Op Benteng Covid-19 di kawasan berkenaan kira-kira 9 malam.
Pemangku Pegawai Pemerintah PPM Kudat, Asisten Superintendan Cyril Douglas berkata, ketika operasi, anggota mengenal pasti sebuah kenderaan yang diletakkan dalam keadaan mencurigakan.
Katanya, pemerhatian dan pemantauan dilakukan namun tiada individu yang datang menuntut kenderaan berkenaan.
“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan itu menemui sejumlah 1,350 bungkus rokok pelbagai jenama yang dipercayai tidak bercukai. – HMetro
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost