Pesawat Tentera Filipina Bawa 85 Penumpang Terhempas

Sumber Foto Facebook

COTABATO: Sebuah pesawat tentera yang membawa sekurang-kurangnya 85 orang dilaporkan terhempas di selatan Filipina, hari ini.

Setakat ini, 15 mangsa sudah dibawa keluar dari bangkai pesawat C-130 yang terbakar.

Sumber Foto Facebook

Jurucakap tentera, Cirilito Sobejana berkata, pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat di Jolo di wilayah Sulu.

“Pasukan keselamatan kini berada di lokasi kejadian dan kami berharap dapat selamatkan lebih ramai mangsa,” katanya.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu merupakan pelajar akademi penerbangan yang sudah tamat pengajian dan akan ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *