Covid-19: Kes Meningkat Di Sabah, Kebanyakan Dari Penjara

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun berkata banyak aspek perlu diambil kira sebelum sebarang keputusan dibuat oleh MKN.

KOTA KINABALU: Sebanyak 322 kes positif COVID-19 direkodkan di Sabah hari ini, peningkatan 92 kes berbanding 230 kes semalam dengan 38.2 peratus daripadanya berpunca daripada dua kluster jangkitan di penjara.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata ia melibatkan Kluster Tembok Tawau di Penjara Tawau yang mencatatkan 97 kes positif baharu manakala Kluster Tembok Kota Kinabalu di Penjara Kepayan di sini merekodkan 26 kes.

“Hampir semua (kes positif dikesan) merupakan tahanan atau banduan yang sedang menjalani hukuman,” katanya menerusi satu kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Beliau berkata secara kumulatif, Sabah merekodkan sebanyak 70,229 kes COVID-19 hingga hari ini manakala pesakit sembuh pula seramai 148 orang, menjadikan jumlah keseluruhan pulih daripada wabak itu 67,757 orang. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *