Warisan Sediakan Paguam Untuk Individu Dikompaun Kerana ‘Dine-in’ Di Restoran

KOTA KINABALU: Warisan telah menyediakan sepasukan peguam untuk menangkis kompaun yang dikenakan kerana memakan di premis premis makanan.

Ini berikutan kebimbangan orang ramai berkenaan dikenakan kompaun kerana dine-in.

Melalui sebuah kenyataan media yang dikeluarkan pada hari Sabtu, Datuk Junz Wong yang merupakan Naib Presiden Warisan berkata sedemikian.

“Pertama, jangan takut. Kedua, buka sahaja kedai makan kamu. Ketiga  benarkan dine-in.”

“Akhirnya, ikuti SOP lama sehingga SOP baharu diumum.”

Junz menambah, pihak yang dikompaun/disaman kerana dine-in boleh menghubungi beliau.

“Warisan telah menyediakan sepasukan peguam berpengalaman yang bersedia membantu secara percuma.”

“Warisan akan mengambil tindakan undang-undang dan menyaman balik pihak-pihak yang cuba menyusahkan rakyat.”

Junz juga mengingati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP.

“Cuma ingat. Patuh SOP lama selagi SOP baru belum diumum.”

“Maksudnya imbas suhu sebelum masuk ke premis, jarakkan 1 meter di antara satu sama lain dan pakai pelitup muka semasa tidak makan/minum.”

Bekas Ahli Jemaah Menteri Kabinet Sabah itu juga menjelaskan bahawa Sabah mempunyai hak-hak dan autonomi-autonomi yang ini mesti dihormati oleh Putrajaya.

“Memandangkan Ketua Menteri belum tarik balik pengumumannya, pengumuman tersebut adalah terpakai.”

“Akhir sekali, saya minta Sabahans beranikan diri menegakkan hak-hak kita sebagai Sabahans, kerana kita di pihak yang benar.”

“Cukup-cukuplah kita ditekan oleh KL. Cukup-cukuplah kita dipermainkan oleh agen-agen KL di Sabah.”

“Semakin berpadu dan berani kita sebagai Sabahans, semakin susah KL dan agen-agen mereka mempermainkan kita.” – BorneoToday

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *