
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 6,982 kes COVID-19 baharu pada hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini turut meningkat kepada 765,949 kes.

Berdasarkan data KKM, Selangor kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 2,907 kes, diikuti WP Kuala Lumpur dengan 637 kes dan Negeri Sembilan 606 kes.
Maklumat mengenai jumlah kes sembuh dan kematian baharu akan dimaklumkan kemudian.
Berita penuh menyusul…
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost