ADUN Sungai Manila Terlibat Kemalangan

Keadaan kenderaan yang dinaiki Mokran Ingkat selepas terlibat kemalangan pada petang Isnin. – Gambar PDRM

SANDAKAN: Ahli dewan undangan negeri (ADUN) Sungai Manila, Libaran terbabit kemalangan di Batu 26, Jalan Sandakan ke Kota Kinabalu, pada Isnin

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, Mokran Ingkat bersama seorang rakannya serta pemandunya dilaporkan selamat.

Keadaan kenderaan yang dinaiki Mokran Ingkat selepas terlibat kemalangan pada petang Isnin. – Gambar PDRM

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sebelum kejadian mereka dalam perjalanan menaiki sebuah kenderaa jenis Toyota Land Cruiser.

Menurutnya, hasil siasatan pihak polis sewaktu kejadian kenderaan yang dipandu oleh pemandunya bergerak dari arah Sandakan ke Kota Kinabalu.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan dalam keadaan cuaca hujan lebat telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terbalik.

“Walau bagaimanapun, Mokran, pemandu dan rakannya yang berada dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, pada Selasa.

Menurutnya, semua mereka kemudian dibawa ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, siasatan diteruskan mengikut Rule 10LN 166/59. – AWANI

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *