Penganggur Didakwa Cuba Tikam Anggota Polis

Zuhairey (kiri) diiring keluar oleh Mohd U’kasyah.

KOTA BELUD: Seorang lelaki berumur 24 tahun didakwa di Mahkamah Majistret di sini, Rabu, atas tuduhan cuba menikam seorang koperal polis dengan sebilah pisau, di sini, tiga tahun lepas.

Penganggur, Mohd Zuhairey Suleh dituduh melakukan jenayah itu terhadap Koperal Lonan Anak Sani pada pukul 8 malam 11 Mac 2018, di satu perhentian bas di Jalan Kg Sembirai, di sini.

Tiada pengakuan diambil daripada Zuhairey, yang dibawa ke hadapan penolong pegawai daerah Peter Jiton, yang duduk sebagai majistret kelas kedua.

Tuduhan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu yang dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama, memperuntukkan hukuman penjara, denda atau sebatan atau mana-mana dua hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Peter menetapkan 12 Julai untuk pengakuan Zuhairey dan menawarkan kepadanya ikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin.

Terdahulu, Inspektor Mohd U’kasyah Hashim, yang menjalankan pendakwaan, mencadangkan ikat jamin sebanyak RM12,000 atas sebab Zuhairey, yang menjadi buruan selama empat tahun, bertindak agresif dan mencederakan polis itu apabila dia ditangkap.

Zuhairey meminta ikat jamin rendah kerana dia tidak mempunyai pendapatan tetap.

Manakala tertuduh tidak diwakili paguam.

SumbeR: Harian Ekspres

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *