COVID-19: 5,812 Kes Baharu, 82 Lagi Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 5,812 kes baharu Covid-19 dengan 82 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 722,659 kes.

Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi dengan 2,187 kes.

Ini diikuti Kuala Lumpur (771), Sarawak (673), Negeri Sembilan (658), Pulau Pinang (270, Melaka (223), Johor (196), Kedah (186), Sabah (156), Pahang (139), Labuan (123), Kelantan (98), Perak (72), Terengganu (46) dan Putrajaya (14).

Perlis satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan kes hari ini.

Daripada jumlah kes baharu itu, 32 merupakan kes import dan baki 5,780 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 60,117 kes aktif dengan 433 daripada 870 pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula adalah sebanyak 6,775 dengan jumlah kumulatif sebanyak 657,739 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 4,803.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *