4,743 Kes Positif Baharu Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA: Sebanyak 4,743 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, meningkat sedikit berbanding semalam yang mencatat 4,611 kes, iaitu angka terendah sejak pertengahan Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini setakat ini sebanyak 705,762 kes.

Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan Selangor kekal merekod kes tertinggi iaitu 1,566 kes.

“Ia diikuti Kuala Lumpur dengan 635 kes, Negeri Sembilan (585), Sarawak (507), Johor (239), Pulau Pinang (195), Sabah (193), Melaka (167) dan Kelantan (165).

“Hanya dua negeri mencatat pertambahan kes baharu satu angka iaitu Putrajaya dengan tujuh kes serta Perlis dua kes,” katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *