PPV Dewan Masyarakat Tawau Tutup Dua Hari Mulai Isnin

TAWAU, 20 Jun : Pusat pemberian vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Tawau di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok bagi memberi laluan kepada proses nyahkuman di seluruh dewan berkenaan. 

Menurut Pegawai Kesihatan Kawasan Tawau Dr G Navindran, penutupan sementara PPV itu juga bertujuan mempersiap PPV Institut Pendidikan Guru di Kampung Balung di sini yang akan beroperasi esok.

Dr G Navindran

Program vaksinasi di PPV Dewan Masyarakat Tawau dijadualkan bersambung semula pada Rabu, dan mereka yang sepatutnya menerima vaksin di PPV itu pada esok dan Selasa akan diberi tarikh janji temu baharu yang akan dikemas kini dalam aplikasi MySejahtera, katanya ketika dihubungi hari ini. 

Dr Navindran berkata setakat ini, 13,000 penduduk di daerah ini sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 manakala 28,000 orang lagi  sudah menerima dos pertama.- BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *