
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 5,150 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 673,026 kes setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jangkitan harian tertinggi dengan 1,914 kes.
Ini disusuli Negeri Sembilan (607), Sarawak (570), Kuala Lumpur (480), Johor (392), Kelantan (230), Kedah (228), Sabah (184), Melaka (152), Labuan (101), Pulau Pinang (99), Perak (66), Pahang (57), Terengganu (56), Perlis (8) dan Putrajaya (6).
Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost