Dua Bekas Pegawai Bank Mengaku Bersalah

Salah seorang tertuduh Mohd Hazrie Nor Ghazali (dua dari kiri) ketika hadir di Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU: Dua bekas Pegawai Pemasaran (BR-Smart) Bank Rakyat mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, hari ini, atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu untuk meluluskan pinjaman peribadi seorang individu lima tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Mohd Hazrie Nor Ghazali, 30, dan Ridwuan Ahmad, 31, didenda masing-masing RM10,500 atau empat bulan penjara oleh Hakim Abu Bakar Manat

Mengikut pertuduhan, Mohd Hazrie dan Ridwuan didakwa menggunakan dokumen palsu iaitu penyata bank bagi meluluskan pinjaman peribadi Nur Azneza Atiqah Mudi antara Julai dan September 2016 di Bank Rakyat Cawangan Kota Kinabalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di mengikut Seksyen 465 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam PJ Perira manakala pihak pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rekhraj Singh dan Nartiah Sambatan. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *