5,419 Kes Baharu Covid-19 Dicatatkan Hari ini

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan sebanyak 5,419 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Twitter, jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan setakat ini sebanyak 667,876 kes.

Selangor sekali lagi mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 1,996 kes diikuti Sarawak (718), Kuala Lumpur (650), Negeri Sembilan (396) dan Johor (366).

Selain itu, Kedah (252), Kelantan (245), Sabah (230), Melaka (155), Labuan (138), Pulau Pinang (124), Perak (68), Terengganu (43), Pahang (32), Putrajaya (lima) dan Perlis (satu).

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *