PKP 3.0: Negara Kerugian RM1 Bilion Sehari – PM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen petang ini.

KUALA LUMPUR, 15 Jun : Negara kerugian RM1 bilion sehari sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan pada masa ini, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menyifatkan keputusan melaksanakan PKP 3.0 bukan sesuatu yang mudah, beliau berkata Malaysia  perlu segera keluar daripada krisis COVID-19 demi kesihatan dan kelangsungan hidup semua.

“Saya telah umumkan pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan PEMERKASA Tambahan bernilai RM40 bilion dengan suntikan fiskal sebanyak RM5 bilion ringgit.

“Saya berharap bantuan daripada kerajaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh individu dan perniagaan yang terkesan,” katanya dalam perutusan khas Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP secara berperingkat yang disiarkan secara langsung, hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini berkata negara mengalami kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari semasa pelaksanaan PKP 1.0, dan berkurangan kepada RM300 juta sehari semasa PKP 2.0 berikutan lebih banyak sektor ekonomi dibenarkan beroperasi. – BERNAMA

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *