4 Lagi Lokaliti Dikenakan PKPD Di Sabah

PUTRAJAYA: Empat lagi lokaliti di Sabah akan dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD).

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD selama 14 hari bermula 16 hingga 29 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, di Sabah PKPD membabitkan Kampung Sundang Laut, Sandakan, selepas 10 individu dikesan positif setakat ini.

PKPD di negeri ini itu turut melibatkan dua lokaliti di Penampang, iaitu Country Heights Apartment dan Vista Minintod Apartment yang mana 32 individu dikesan positif

Turut dikenakan PKPD ialah Kampung Skim Cocos, Kunak, apabila 10 daripada 24 individu disaring positif.

Dalam pada itu Ismail berkata, semalam polis menahan 958 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 910 dikompaun, 47 direman manakala seorang dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (232), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran, makan di premis (196), tidak memakai pelitup muka (135), individu gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (112), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (105), membawa penumpang berlebihan (63), aktiviti pusat hiburan (38), premis gagal patuhi arahan (8) dan lain-lain (69),” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *