Polis Beaufort Tahan Tokan Dadah Kecil-Kecilan

Suspek ditahan bersama dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Rancangan Klias Beaufort.

BEAUFORT: Usaha seorang tokan kecil-kecilan meloloskan diri selepas rumahnya diserbu polis tidak kesampaian apabila dia ditahan dalam kejadian di Kampung Rancangan Klias, di sini, hari ini.

Dalam serbuan jam 10.45 pagi itu, polis turut menahan seorang wanita berusia 22 tahun yang tinggal bersama lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Yaacob berkata, ketika ditahan, suspek berusia 32 tahun yang ketakutan tidak mahu melepaskan genggaman tangannya.

Bagaimanapun katanya, selepas dipaksa, suspek akhirnya akur dan melepaskan genggaman tangan kirinya dan mendedahkan tiga paket plastik.

“Siasatan lanjut, plastik berkenaan diisi dengan ketulan hablur disyaki dadah jenis syabu dengan berat anggaran 12.60gram.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap kedua-dua individu juga didapati positif dadah jenis metaphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Yusoff Zaki berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1) (a) akta yang sama. – Asiatimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *