Tujuh Lagi Lokaliti Di Sabah Dikenakan PKPD

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Jun ini susulan peningkatan jangkitan Covid -19.

PUTRAJAYA: Kerajaan akan mengenakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tujuh lagi lokaliti di Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari bermula 14 hingga 27 Jun ini susulan peningkatan jangkitan Covid -19.

Tujuh lokaliti dikenakan PKPD membabitkan Kampung Indah, Nabawan selepas sembilan daripada 31 individu disaring positif.

PKPD turut dikenakan di Kampung Manggis, Kuala Penyu, selepas tujuh dikesan positif hasil saringan 11 individu.

Sementara dua lokaliti di Tawau membabitkan, Taman Kinabutan Ria dan Simpang Inderasabah turut dikenakan PKPD.

“Sehingga kini, sebanyak sembilan kes positif daripada 17 yang disaring telah direkodkan di Taman Kinabutan Ria manakala di Simpang Inderasabah, 12 disaring dan 11 daripadanya didapati positif,” katanya ketika melaporkan perkembangan harian pelaksanaan PKP mengekang penularan wabak Covid-19.

PKPD turut dilaksanakan di Kampung Baru (SFI), Sipitang juga di Sabah selepas 29 daripada 46 individu di saring didapati positif.

Manakala dua lokaliti di Kota Belud, melibatkan Kampung Tawadakan dan Kampung Kota Bungan dikenakan PKPD, selepas 12 dikesan positif.

Sementara PKPD di FELDA Sahabat 40 (Kg Kembara Sakti), Tungku, Lahad Datu, Kampung Padawan, Papar, Sabah akan tamat jam 11.59 malam esok.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *