Covid-19: Kes Positif Melonjak 378 Di Sabah Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Saringan rumah ke rumah yang dilaksanakan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan saringan kontak rapat menyumbang kepada peningkatan kes di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menerusi ciapan Twitternya memaklumkan, kes baharu positif Covid-19 hari ini meningkat kepada 378 kes susulan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjalankan saringan dari rumah ke rumah di lokaliti PKPD.

Hari ini Kudat mencatatkan kes tertinggi ddengan 75 kes, diikuti dengan Papar 58 kes, Tawau (40), Sandakan (38) dan Kota Kinabalu (32).

Sementara itu, Lahad Datu (22), Penampang (16), Telupid (15), Sipitang (13), Tuaran (12) dan Nabawan (11) kes.

Dengan tambahan 378 kes itu, jumlah kumulatif kes Covid-19 di Sabah adalah 65,399 kes.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *