COVID-19: 6 Kematian Di Sabah Hari Ini

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan kes baharu COVID-19 sebanyak 309 kes, meningkat 76 kes berbanding 233 kes yang direkodkan semalam.

Hari ini juga Sabah merekodkan enam kematian disebabkan COVID-19, dua di Tawau dan masing-masing satu di Sandakan, Beaufort, Semporna dan Kuala Penyu.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, “daripada 309 kes jangkitan baharu hari ini, 143 kes adalah hasil daripada saringan kontak rapat, 91 kes adalah daripada saringan kluster, 30 kes adalah daripada saringan bergejala, 26 kes daripada saringan bersasar dan 19 kes adalah daripada lain-lain kes.

Beliau berkata, Kluster Kopi Blues melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Sri Tanjung daerah Tawau. 

Katanya, kes indeks merupakan suri rumah, 46, dari Kg Lorong Saddani, Batu 2 yang disahkan positif melalui saringan bergejala pada 9 Jun 2021 bersama anaknya.

“Daripada 20 sampel yang telah diambil menerusi saringan kontak rapat dan kontak sosial, 10 sampel dikesan positif COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes. 

“Sementara itu, dua sampel didapati negatif manakala enam sampel masih menunggu keputusan,” katanya.

Masidi berkata, siasatan awal mendapati semua kontak telah menghadiri perjumpaan di Kg Kopi Blues Batu 2, iaitu rumah keluarga mereka sempena majlis pengebumian dan tahlil pada 29 Mei 2021.

Dalam pada itu katanya, Kerajaan Negeri bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Lobou 1 dan Kg Bukit Permai berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021 selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Selain itu, kerajaan negeri juga bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Kadazan, Tawau dan Taman Villa Felca Nambazan, Penampang berkuatkuasa 13 Jun sehingga 26 Jun 2021,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *