COVID-19: 232 Kes Baharu Di Sabah, KK Paling Tinggi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan 232 kes baharu hari ini dengan ibu negeri merekodkan kes paling tinggi iaitu 39 kes diikuti Tawau 36 dan Tuaran 26 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, Penampang catat 25 kes diikuti Kota Belud 19, dan Lahad Datu serta Kudat masing-masing 14 kes.

“Putatan 11 kes diikuti Sandakan dan Kalabakan masing-masing sembilan kes, Semporna enam kes, Tongod lima kes dan Papar empat kes.

“Tiga daerah iaitu Kinabatangan, Sipitang, Nabawan hanya mencatatkan tiga kes setiap daerah dan Beaufort mencatatkan hanya dua kes,” katanya.

Tambahnya, empat daerah di pedalaman iaitu Kuala Penyu, Tenom, Keningau dan Tambunan hanya mencatatkan empat kes keseluruhan manakala tiada kes di Beluran, Telupid, Kunak, Pitas, Kota Marudu dan Ranau.

Sementara itu katanya, dua kluster baharu direkodkan hari ini iaitu kluster Lot 9 Kuala Penyu-Beaufort mencatatkan satu kes baharu menjadikan 24 kes keseluruhan dan Jalan Wisma Kota Kinabalu dengan penambahan enam kes baharu. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *