Polis Marin Usir Empat Warga Filipina

LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya mengusir empat empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina yang cuba menceroboh masuk perairan negara, di laut Tungku, di sini, semalam.

Semua individu berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun itu yang menaiki sebuah bot dikesan ketika rondaan Operasi Benteng Covid-19, jam 10 pagi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata, ketika rondaan dilakukan, pihaknya memintas sebuah bot pam yang mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati bot pam dinaiki dinaiki oleh tiga lelaki dan seorang wanita.

“Soal siasat awal terhadap juragan dan penumpang bot didapati berasal dari Sitangkai Filipina, dan mahu menuju ke Telisai Tungku.

“Juragan dan penumpang bot juga gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah ketika diperiksa,” katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, semua mereka kemudian diarah untuk berpatah balik dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara.

Katanya, pihaknya sentiasa komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Lahad Datu.

“Langkah ini bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik Covid-19 dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara.

“PPM Lahad Datu menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0132831197 atau berhubung ke Gerakan PPM Lahad Datu di talian 0139808084 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal,” katanya. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *