COVID-19: 6,241 Kes Baharu, 87 Kematian Hari Ini

Dr Noor Hisham Abdullah

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 6,241 kes baharu Covid-19, sementara 87 angka korban dalam tempoh 24 jam lalu.

Ia adalah hari ketiga berturut-turut negara mencatatkan penurunan dalam angka jangkitan.

Semalam, negara merekodkan 7,452 kes dengan 109 kematian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka terbaharu itu menjadikan jumlah jangkitan setakat ini 616,815 kes.

Dalam kenyataan, Noor Hisham berkata Selangor terus mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu 2,178 kes.

Ia diikuti Sarawak dengan 600 kes, Johor (565), Negeri Sembilan (556) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (415).

Daripada jumlah kes baharu itu, empat kes import dan baki 6,241 adalah penularan tempatan.

Katanya, terdapat 86,628 kes aktif, dengan 444 daripada 890 pesakit di unit rawatan rapi (ICU) memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh pula mencatatkan 5,133 dengan jumlah kumulatif sebanyak 526,809 kes manakala jumlah keseluruhan kematian setakat ini 3,378.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *