5 PATI Filipina Gagal Seludup Masuk Ke Sabah

Kesemua suspek dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk siasatan lanjut.

SANDAKAN: Cubaan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia menyeludup masuk ke Sabah berjaya dikesan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan di kawasan perairan Pulau Nunuyan pada 3 pagi tadi.

Pegawai Pemerintah PPM Sandakan, Deputi Superitendan Rusdin Banin berkata, tangkapan itu membabitkan lima lelaki warga Filipina yang berusia antara 17 hingga 28 tahun dan kesemua mereka mengaku datang dari Basilan, Filipina.

“Pihak kami turut merampas sebuah bot laju dan dua buah enjin yang digunakan dalam aktiviti tersebut. Nilai rampasan dianggarkan bernilai RM14,200.

“Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke markas operasi PPM Sandakan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kes ini disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.

Rusdin turut mengingatkan masyarakat maritim yang tinggal di persisiran pantai disarankan agar menyalurkan maklumat mengenai aktiviti jenayah di perairan kepada Pasukan Polis Marin Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 013-2831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai polis berdekatan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *