KWSP i-Sinar: Bayaran Bulan Jun Sedang Dibuat Secara Berperingkat Sehingga 9 Jun 2021

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja Malaysia pada hari ini telah memaklumkan bahawa bayaran i-Sinar untuk bulan Jun mula dibuat pada 1 Jun 2021.

Menerusi makluman mereka menerusi lama Twitter KWSPMalaysia, bayaran tersebut akan dibuat secara berperingkat sehingga 9 Jun 2021.

Tambah kenyataan itu juga, pengkreditan amaun ke akaun bank adalah dalam masa 1 sehingga 5 hari bekerja dan bergantung kepada prosedur bank anda.

Perkara ini bermakna, KWSP akan membuat pindahan wang ke bank anda dan di dalam tempoh 1 sehingga 5 hari bekerja, bank pula akan membuat pindahan ke akaun anda.

1-5 hari bekerja

Bagi yang ingin mendapatkan status bayaran terkini, anda boleh membuat demikian melalui i-Akaun(Ahli) ataupun boleh menghubungi talian Hotline Khas i-Sinar 0389224848.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *