Lelaki Maut, Kereta Dipandu Langgar Tembok

Kenderaan pacuan empat tida mangsa yang merempuh tembok berhampiran pasaraya di Jalan Penampang Baru, di sini.

PENAMPANG: Seorang lelaki maut manakala kereta pacuan empat roda dipandu terbabas melanggar tembok di hadapan sebuah pasaraya di Jalan Penampang Baru, di sini.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata kejadian kira-kira jam 12 tengahari itu membabitkan seorang lelaki berumur 42 tahun.

“Bertindak dengan panggilan diterima menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, kita menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

“Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya.

Menurutnya hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat masalah kesihatan. 

Beliau bagaimanapun berkata siasatan masih diteruskan dan mayat mangsa sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth 1 Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat. 

Katanya kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *