Sabah Catat 308 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Masidi Manjun.

KOTA KINABALU: Kes baharu COVID-19 di Sabah semakin meningkat dengan melaporkan sebanyak 308 kes pada hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, bagaimanapun tidak ada kluster baharu dicatatkan di Sabah.

“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi iaitu 43 kes, diikuti Tawau 37 kes, Kunak (36), Keningau (27), Papar (26), Kalabakan (25), Lahad Datu (18), Kuala Penyu (16), Penampang (13), Sandakan (11), Kota Belud (10), Tuaran (9), Beaufort (9), Kudat (8), Putatan (8), Semporna (5), Kinabatangan (4), Tongod (2) dan Sipitang satu kes,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, hanya lapan daerah tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Beluran, Telupid, Tenom, Pitas, Ranau, Tambunan, Nabawan dan Kota Marudu.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *