Covid-19 Terus ‘Menggila’, Rekod 8,290 Kes Positif Baharu & 61 Kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Jumlah kes terbaru Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi hari ini dengan 8,290 kes menjadikan keseluruhannya 549,514 kes dan sebanyak 61 kematian dicatatkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih lagi merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,075 kes diikuti Kelantan dengan 851 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 830 kes.

Katanya, beberapa negeri turut merekodkan kes harian yang tinggi iaitu Johor dengan 762 kes, Sarawak 698 kes manakala Kedah sebanyak 544 kes.

“Sebanyak 520 kes dilaporkan di Negeri Sembilan dan 421 kes dilaporkan di Pulau Pinang.

“Perak merekodkan 405 kes manakala Melaka 380 kes,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sementara itu, Sabah melaporkan 308 kes baharu, Pahang (254) dan Terengganu (207) manakala Putrajaya merekodkan 44 kes baharu, Labuan (6) dan Perlis (8).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *