KV Keningau Juara Teater Pembaca Bahasa Inggeris Kebangsaan

KENINGAU: Pasukan Kolej Vokasional Keningau telah menyertai pertandingan kebangsaan, Let’s Read and Share, anjuran English Language Teaching Centre (ELTC) Kementerian Pendidikan Malaysia, dalam ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu teater pembaca (reader’s theatre), cerita animasi (animated storytelling) dan book review (ulasan buku).

Pasukan teater pembaca kolej tersebut telah dinobatkan sebagai juara bagi kategori kolej vokasional dengan kisah yang bertajuk “Nur Mani The Spirit of Rice”.

KV Keningau juga telah mendapat tempat ketiga dalam cerita animasi kategori KV. Keputusan pertandingan ini diumumkan secara langsung melalui saluran YouTube pada 20 Mei 2021.

Pasukan tersebut yang terdiri daripada Rasyidah Binti Abdul Lasin, Azleyza Ain Binti Norsaleh, Nur Adilah Farhanah Binti Abdullah, Nurul Syakira Mohd Shazwan dan Jeffreyka Peter telah merakam persembahan mereka yang mengisahkan semangat padi bernama Nur Mani.

Menurut kepercayaan kaum Bajau, Nur Mani mampu membawa kebaikan kepada hasil tanaman padi namun ianya akan mendatangkan malapetaka sekiranya komuniti tersebut bersikap tamak dan pentingkan diri-sendiri.

Teater pembaca atau lebih dikenali sebagai reader’s theatre merupakan konsep seni persembahan yang memerlukan pelakon membaca skrip sambil menghidupkan watak atau peranan mereka melalui suara, mimik muka serta gerak badan terbatas.

Pengarah KV Keningau, Encik Johari @ Jaibet Bin Sabin, meluahkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar tersebut yang membuktikan bahawa pelajar KV adalah serba boleh dan ianya juga menunjukkan betapa pentingnya bidang seni dalam mendidik pelajar menguasai sesuatu bahasa.

Ianya bolehlah diakses melalui pautan berikut:

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *