COVID-19: Naik Melonjak, Sabah Catat 160 Kes Positif Baharu, 2 Kematian Hari Ini

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan tiga kluster baharu hari ini dengan mencatatkan keseluruhan jumlah kes positif COVID-19 sebanyak 160 kes.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata tiga kluster baharu masing-masing Kluster Kolopis di Penampang dengan 13 kes keseluruhan, Kluster Sungai Imam di Tawau sebanyak 27 kes manakala Kluster Muhibbah Dua di Lahad Datu mencatatkan 14 kes baharu.

Katanya daripada jumlah kes positif direkodkan hari ini, Tawau mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 54 kes diikuti Lahad Datu 29, Papar dan ibu negeri masing-masing 16 kes.

“10 kes di Kuala Penyu, lapan kes di Semporna dan Putatan serta Kinabatangan mencatatkan empat kes di setiap daerah manakala Sandakan, Penampang dan Kalabakan sembilan kes dan dua kes dicatatkan di Kota Belud.

“Keningau dan Beaufort masing-masing satu kes manakala tiada kes yang dicatatkan di daerah tidak dinyatakan,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *