Satu Kampung Di Sabah Kena PKPD Bermula Ahad, PKPD SMK Madai, Kunak Lanjut

PUTRAJAYA: Satu kampung di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) selama 14 hari bermula 16 Mei.

Kawalan ke atas di Lorong 2 Kampung Kongsi 8 di Tawau, Sabah diperketatkan susulan peningkatan kes Covid-19, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob.

“Di Lorong 2 Kampung Kongsi 8 , Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 15 kes positif hasil daripada 56 saringan di lokaliti ini serta kadar positiviti 26.79%,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, PKPD bagi SMK Madai di Kunak, Sabah dilanjutkan sehingga 28 Mei.

PKPD di Kampung Bergosong di Tawau pula tamat esok seperti dijadualkan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost