4,113 Kes Baharu Covid-19, 34 Lagi Kematian

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan 4,190 pesakit sembuh berbanding 4,113 kes baharu Covid-19 dan 34 kematian.

Ini menjadikan 418,897 daripada keseluruhan 462,190 pesakit Covid-19 sudah pulih setakat ini, manakala 1,822 orang meninggal dunia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 41,471 kes aktif, dengan 250 daripada 482 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi, dengan 1,269 kes.

Ia diikuti Sarawak (533), Kelantan (371), Johor (335), Kuala Lumpur (306), Pulau Pinang (266), Kedah (228), Pahang (178), Terengganu (165), Perak (147), Negeri Sembilan (124), Melaka (107), Sabah (53), Putrajaya (20), Labuan (6) dan Perlis (5).

Daripada 4,113 kes baharu itu, satu ialah kes import dan baki 4,112 kes penularan tempatan membabitkan 3,791 warganegara dan 321 warga asing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost