PKPD Di Kampung Keramat, Semporna Mulai 11 Mei

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Keramat, Semporna, Sabah selama dua minggu berkuat kuasa Selasa ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata keputusan itu dibuat selepas Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan berlaku peningkatan jumlah kes ketara selain pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penduduk di lokaliti berkenaan masih rendah.

Katanya, sehingga kini KKM merekodkan 10 kes positif COVID-19 daripada 101 ujian saringan yang dilakukan ke atas penduduk di lokaliti berkenaan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Keramat mulai 11 Mei sehingga 24 Mei 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini untuk memudahkan KKM membuat pengesanan awal kes serta menyekat penularan jangkitan kes COVID 19 dari kawasan berisiko ke kawasan lain di luar lokaliti terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini. – BH Online

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *