Kematian Tertinggi 26 Kes Hari Ini

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan penurunan kes positif baharu Covid-19 iaitu 3,733 kes, hari ini, berbanding 4,419 kes semalam, dengan jumlah keseluruhan penularan mencecah 440,677 kes.

Sejumlah 37,060 kes aktif dilapor hari ini, bersama 26 kematian yang juga jumlah kes kematian harian tertinggi pernah direkodkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes positif harian baharu tertinggi iaitu 1,278 kes hasil daripada kluster serta saringan kontak rapat kes positif yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ia diikuti Sarawak dengan 454 kes, Johor (365 kes) dan Kuala Lumpur (338 kes).

“Terdapat 416 kes positif Covid-19 sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 216 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Sebanyak 3,211 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya adalah 401,934 kes atau 91.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat 26 kematian dilaporkan hari ini membabitkan 25 individu tempatan serta seorang warga asing yang mempunyai latar belakang penyakit kronik.

Beliau berkata, kes itu menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 1,683 kes atau 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Terdapat 1,788 kluster direkodkan di Malaysia dengan penambahan 13 kluster baharu hari ini.

“Sebanyak 1,352 kluster tamat dan 436 kluster masih aktif,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *