Polis Siasat Punca Lans Koperal Gantung Diri Di Sandakan

Hazani Ghazali

KOTA KINABALU: Polis akan menjalankan siasatan secara terperinci berkenaan punca anggota polis berpangkat Lans Koperal menggantung diri di rumahnya di Batu 8 Sandakan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata setakat ini pihaknya mendapati mangsa berumur 28 tahun itu tidak mempunyai sebarang masalah dalam penugasan.

“Kita akan siasat balik punca mangsa menggantung diri dan siasatan awal mendapati sebelum kejadian tiada berlaku sebarang kejadian tidak diingini dan hubungan mangsa dengan isterinya juga dalam keadaan baik.

“Saya difahamkan mangsa juga baharu menyambut majlis ulang tahun kelahiran anaknya dan sempat bersahur bersama keluarganya sebelum kejadian dan ditemukan meninggal dunia oleh isterinya beberapa jam selepas itu di rumah mereka,” katanya.

Terdahulu anggota yang bertugas di Pasukan Polis Marin (PPM) sebagai Jurumudi Kapalronda PSB 2 itu ditemukan meninggal dunia pada jam 7.30 pagi dan dihantar ke Hospital Duches Of Kent untuk dibedah siasat. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *