Solat Aidifitri Dibenarkan Kecuali Di Kawasan PKPD

Solat sunat Aidilfitri dibenarkan di semua kawasan kecuali tempat PKPD.

KUALA LUMPUR: Kerajaan membenarkan solat sunat Aidilfitri diadakan di masjid dan surau dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata solat Hari Raya di masjid dan surau di kawasan PKP Diperketat (PKPD) tidak dibenarkan.

Beliau berkata, ketetapan prosedur operasi standard (SOP) solat sunai Aidilfitri akan diputuskan oleh pihak berkuasa agama kerajaan negeri masing-masing.

“Bagi menentukan siapa boleh hadir sama ada ada wanita atau kanak-kanak, ia terletak di bawah keputusan pihak berkuasa agama negeri … akan memaklumkan kepada setiap masjid dan surau di negeri masing-masing,” katanya pada sidang media, hari ini.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

791