Pelantar Minyak Velesto ‘Naga 7’ Berdekatan Perairan Sabah – Brunei Tenggelam, 101 Krew Selamat

Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan.

Sebuah pelantar minyak laut dalam milik Velesto, Naga 7 berdekatan perairan Sabah dan Brunei dilaporkan tenggelam susulan kerosakan pada salah satu kaki sokongan pelantar itu.

Menurut sumber, insiden berlaku pada petang Isnin.

Pelantar Velesto Naga 7 sebelum tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan.

Kesan daripada kerosakan pada kaki sokongan pelantar itu, pada awalnya ia mengakibatkan pelantar menyenget 10 peratus daripada posisi awal.

Memetik laporan portal The Star, kesemua 101 anak kapal Naga 7 berjaya diselamatkan melalui operasi penyelamatan oleh kapal Perdana Marathon dan Armada Tuah.

Kesemua mangsa yang selamat dipindahkan ke darat bagi tujuan keselamatan.

Punca dan nilai kerosakan sedang disiasat dan sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung insiden ini.

Naga 7 merupakan pelantar ‘jack up‘ dengan kaki julur bebas premium yang berupaya untuk menggerudi sehingga 30,000 kaki dan kadar operasi kedalaman air sejauh 375 kaki. – Awani

Pelantar Velesto Naga 7 yang tenggelam susulan kerosakan pada kaki sokongan.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *