Selesai Operasi SAR KRI Nanggala 402, MV Mega Bakti Selamat Tiba Di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Setelah selesai Operasi SAR KRI Nanggala 402, Tim Operasi Mencari & Menyelamat Kapal Selam TLDM bersama MV Mega Bakti telah selamat tiba di Tambatan Pangkalan Kota Kinabalu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter RMN Subforce sebentar tadi.

Menerusi gambar yang dikongsikan, dilihat juga terdapat proses swab test yang dijalankan.

Sebelum ini dilaporkan bahawa MV Mega Bakti milik TLDM selamat tiba di lokasi pencarian bagi membantu mencari kapal selam KRI Nanggala 402 yang dilaporkan hilang.

Walau bagaimanapun, kapal selam tersebut telahpun ditemui dalam keadaan terpecah kepada 3 bahagian.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *