PKPD UMS & SMKA Kota Kinabalu Tamat

KOTA KINABALU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kota Kinabalu ditamatkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, PKPD di seluruh kampus UMS dijadualkan tamat pada 2 Mei 2021, manakala SMKA Kota Kinabalu pada 1 Mei lepas.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan 5,611 ujian saringan di UMS dan daripada jumlah itu, sebanyak 35 daripadanya didapati positif COVID-19.

“KKM melaporkan terdapat penurunan kes dan kluster adalah terkawal serta tiada lagi sampel saringan yang sedang menunggu keputusan. 

“Sebanyak 836 ujian saringan dijalankan di SMKA Kota Kinabalu dan 190 daripadanya didapati positif COVID-19. 

“Kesemua kes positif diasingkan dan kontak rapat diasingkan serta dipantau sehingga hari ke-14,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, berikutan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di Kampung Bergosong Tawau, kerajaan negeri bersetuju melaksanakan PKPD di kawasan berkenaan bermula 2 Mei 2021.

Menurutnya, sehingga kini, KKM melaksanakan 59 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 22 kes positif COVID-19 direkodkan dalam tempoh satu minggu.

Dalam pada itu, jumlah kes positif baharu COVID-19 pada 1 Mei di Sabah adalah sebanyak 64 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 58,200 kes.

Katanya, terdapat satu kes kematian direkodkan di daerah Tawau dan dua kluster baharu dilaporkan iaitu Kluster Jalan Kilang Dua Lahad Datu dan Kluster Umas di Kalabakan.  – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *