12,743 Sertai BERSATU Sabah

Jaffari (kanan) menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji sambil diperhatikan oleh Masidi (dua kiri) dan pemimpin BERSATU Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri yang juga Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menerima 12,744 borang permohonan bagi menyertai parti berkenaan, semalam..

Borang keahlian itu diserahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Jaffari Waliam dan beberapa ketua kumpulan masing-masing pada majlis ringkas selepas Mesyuarat Badan Pimpinan BERSATU Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) di sini.

Mereka yang menyertai BERSATU terdiri daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyertai NGO’s -Penggerak Komuniti Negara (PKN) di Sabah.

Jaffari adalah bekas Ketua Bahagian PKR Libaran dan kini merupakan Pengerusi PKN Kawasan Libaran.

Hajiji berkata, penyertaan berkenaan amat dialu-alukan dan disambut baik ahli-ahli PKN di Sabah dalam BERSATU.

Katanya, dengan penyertaan mereka, sudah tentu BERSATU Sabah akan bertambah kuat dan sekaligus diterima serta semakin mendapat tempat di hati rakyat.

“BERSATU kini berkembang mekar di Sabah. Teras perjuangan kita adalah untuk rakyat dan memenuhi aspirasi mereka”, katanya.

Sementara itu, Jaffari berkata, beliau bersama 13 Pengerusi dan ahli-ahli PKN Sabah, termasuk Libaran, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Tenom, Keningau, Labuan dan Sipitang sepakat menyertai BERSATU.

Turut hadir menyaksikan penyerahan borang permohonan itu ialah Timbalan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Bendahari Datuk Mohd.Arifin Mohd.Arif. – AsiaTimes

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

1671