Neelofa, Suami & Ahli Keluarga Dikompaun RM60,000

KUALA LUMPUR : Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz serta ahli keluarga dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 selepas didapati ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan kes terbabit telah dikembalikan dari Pejabat Peguam Negara pada Isnin dengan keputusan mengenakan kompaun.

Neelofa perlu membayar sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan tersebut manakala PU Riz pula hanya sebanyak RM10,000 atas kesalahan melanggar SOP ketika merentas negeri. Malah tiada diskaun yang akan diberikan kepad akedua mereka.

Bagi pihak keluarga selebriti itu pula, setiap ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500.00 seorang yang berjumlah RM30,000.00 kerana gagal mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter ketika majlis akad nikah berlangsung.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *