Rumah, lori 3 Tan Terbakar Di Kampung Tambulau

Rumah serta lori tiga tan yang terbakar dalam kejadian ini.

TUARAN: Seorang pemilik rumah tidak dapat menyelamatkan kenderaannya selepas rumahnya terbakar di Kampung Tambulau Jalan Telibong di sini.

Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Mahmud Jumah berkata kejadian berlaku jam 7.22 petang dan 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran ditugaskan untuk memadam kebakaran.

“Kejadian membabitkan sebuah rumah jenis separuh kekal seluas 40X40 kaki persegi dan pasukan bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan sumber air tertutup.

“Kebakaran dapat dikawal beberapa minit kemudian bagaimanapun rumah penduduk itu musnah sebanyak 90 peratus manakala lori tiga tan turut terbakar keseluruhan di bahagian kepala lori,” katanya.

Tambahnya tiada kecederaan dalam kes ini dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Sebelum jentera bertolak balik, pasukan keluaran Operasi membuat pemeriksaan terakhir dilokasi kejadian bagi memastikan kawasan selamat dan tiada lagi ancaman kebakaran yang boleh mengundang bahaya penduduk di sekitarnya,” katanya. – Utusan Borneo

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *