PKPD Dua Lokaliti Di Tawau Dilanjutkan Hingga 9 Mei

KUALA LUMPUR: Dua lokaliti di Tawau, Sabah disambung Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 26 April hingga 9 Mei ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan di Tawau akan tamat esok dengan 607 ujian saringan sudah dijalankan dengan 81 kes positif Covid-19 dikesan setakat ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan.

“Selepas membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Bandar Sri Indah dan Kampung Titingan bermula 26 April sehingga 9 Mei ini.

Sementara itu, enam lokaliti di Tawau iaitu Taman Cahaya, Jalan Tengku Osman, Kuarters Bomba Tawau, Jalan Mesra, Taman Golden Hill dan Taman Sri Bukit ditamatkan PKPD mengikut jadual seperti yang ditetapkan esok,” katanya.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *