2,875 Kes Covid-19, 7 Kematian Hari Ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. –

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan melaporkan 2,875 kes baharu Covid-19 berbanding 2,541 pesakit pulih dan tujuh kematian.

Ini menyaksikan 361,267 daripada keseluruhan 384,688 pesakit Covid-19 sudah pulih, manakala 1,407 kematian direkodkan di seluruh negara setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat 22,014 kes aktif dengan 115 daripada 248 pesakit di unit rawatan rapi memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, Kelantan mencatatkan jumlah jangkitan tertinggi dengan 662 kes.

Ia diikuti Selangor (633), Sarawak (474), Kuala Lumpur (332), Johor (169), Sabah (160), Pulau Pinang (144), Kedah (91), Negeri Sembilan (55), Perak (49), Melaka (42), Terengganu (22), Putrajaya (10) dan Labuan (tiga).

Perlis ialah satu-satunya negeri yang tidak melaporkan kes baharu.

Jumlah kes baharu itu membabitkan 29 kes import dan 2,846 kes penularan tempatan yang terdiri daripada 2,644 warganegara serta 202 warga asing.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *