Bantuan Khas Aidilfitri RM500 Untuk Penjawat Awam – PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan kontrak, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pesara kerajaan juga akan menerima bantuan sebanyak RM250.

Menurutnya, pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei 2021,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Ikuti kami di Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah: klik 👉 https://t.me/sabahpost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *